Rabu, 15 April 2009

KHALWAT ADUN MARUDI DENGAN CR.IDA EGAR

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera,

Ini adalah permulaan dalam perjuangan saya.Ikhlas demi bangsa,negara dan Islam.Sebarang kekurangan di dalam blog ini adalah kerana kelemahan saya.Sesungguhnya kebaikan dan kesempurnaan milik Allah swt sahaja.Sekiranya ada kekurangan diharap dapat memberi teguran secara berhikmah serta dapat memberi pandangan dan idea yang bernas.

Adun BN dari parti SPDP(Marudi-merangkap jawatan sebagai menteri muda) ini bernama Sylvester Entri ak Muran atau nama Islamnya ialah Abdul Hadi Abdullah.Maklumat ini sahih dan boleh dipercayai.Ia terjadi di Marudi,lokasi Grand Hotel tahun 2008.YB dan wanita berjawatan kaunselor berkenaan (bukan muhrim) berdua-duaan di dalam bilik hotel tanpa kehadiran pihak lain lalu menimbulkan bermacam-macam persoalan di minda.Sering terdengar cerita rakyat di kawasan berkenaan YB dan wanita berkenaan menjalin hubungan sulit.Wallahualam.. Jika mereka tidak melanggar batas pergaulan sekalipun tetapi ia tetap salah kerana menghampiri zina dan timbulnya fitnah.Apakah YB jahil hukum hakam agama atau tidak peka sensitiviti masyarakat Timur yang bermoral dan beradab? Ini menunjukkan YB tersebut tidak beretika.

Sebagai seorang individu Muslim,seorang suami dan apatah lagi sebagai pemimpin yang memimpin rakyat di kawasannya serta menjadi ikutan kepada masyarakat,adalah salah bagi dirinya terjerumus ke dalam lembah zina yang merendahkan dirinya di hadapan Allah swt.Apakah YB tidak takut kepada azab Allah?

Bukan niat saya hendak menjatuhkan maruah pemimpin berkenaan apatah lagi hendak melakukan fitnah terhadap nya tapi saya ingin menunjukkan akhlak buruk pemimpin BN Sarawak yang menjadi Adun di kawasannya (Marudi).Saya hanya berniat untuk memberitahu pelayar blog saya agar dapat menilai 'Yang mana kaca Yang mana permata'.Apakah pemimpin sebegini yang layak memimpin rakyat? Yang hanya mementingkan nafsu syahwatnya semata-mata.Pemimpin yang terlibat dengan maksiat tidak akan mendapat petunjuk dan hidayah dari Allah swt.

Sememangnya kebanyakan pemimpin BN jiwanya 'kotor' kerana sering memperlakukan rakyat dengan sewenang-wenangnya... Mereka telah banyak melakukan 'jenayah sulit' terhadap rakyat demi kepentingan diri,keluarga dan kroni-kroni mereka.Rakyat harus sedar dengan tembelang jahat pemimpin-pemimpin BN ini.Rakyat harus 'membebaskan' diri dari permainan politik jahat BN.Kita lihatlah apa yang telah berlaku di Perak,apabila najib razak merampas kuasa secara haram dan tidak secara demokratik.Nizar Jamaluddin dituduh sebagai 'PENDERHAKA' oleh UMNO dan menjaja cerita tersebut melalui media arus perdana yang ternyata BIAS dan banyak memutar belitkan fakta sebenar serta menjadi agen BN secara total.

Alhamdulillah dengan bantuan Allah,BN menerima BALASAN hasil dari perbuatan mereka sendiri yang suka menzalimi pemimpin PR dan rakyat.BN kalah dalam kedua-dua PRK di Perak & Kedah.Taktik BN yang kotor dan kuno itu tidak diterima rakyat malah kempen BN tidak mendapat sambutan seperti yang BOS mereka harapkan walaupun seluruh jentera BN dikerahkan dari seluruh negara datang berkampung di Perak dan Kedah untuk berkempen bagi calon-calon mereka.Najib akhirnya menanggung malu...

BN yang diterajui tiga parti utama iaitu Umno,MCA & MIC sering menjaja isu perkauman dan mementingkan kaum yang diwakili semata-mata.Disebabkan itulah dasar BN sering dipertikaikan rakyat kerana tidak berlaku adil selain banyak penyelewengan yang berlaku dalam perlaksanaan dasar tersebut.Sabah dan Sarawak pula dianak tirikan kerajaan pusat.Ini diakui sendiri pemimpin BN dalam parti komponen BN di Sabah dan Sarawak.